NasionalNegeri

Penduduk Sanglang hargai Jualan Rahmah, mahu lebih kerap

JOM segera ke Jualan Rahmah Aidiladha di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, itulah reaksi penduduk apabila mendapat tahu berita ini.

Roziah Osman

Jadi tidak hairanlah masing tangguhkan dahulu apa saja kerja yang sedang lakukan hanya tidak mahu ketinggalan ke perkarangan Pejabat DUN Sanglang di mana jualan ini sedang berlangsung sebelum berakhir pada waktu tengah hari.

Rodiah Nayan

Begitulah juga dengan dua wanita yang tinggal berjiran, Rodiah Nayan, 57 dan Roziah Osman, 75 yang sempat ditemui Suara Merdeka.

Kata Rodiah dia ketika itu sedang mengail ikan bersama dengan jiran sebelah rumah Roziah telah mendapat tahu ada jualan Rahmah dari rakan sekampung memberitahu telahpun berkunjung lebih awal.

Penduduk Sanglang mengambil kesempatan membeli barang keperluan pada Jualan Rahmah Aidiladha di perkarangan DUN Sanglang.

“Saya datang dengan motosikal di mana membawa kak Roziah bersama kerana kami tidak mahu melepaskan peluang membeli barang keperluan dengan harga lebih murah,” katanya yang tinggal di Padang Keria.

Roziah memberitahu antara barang dibeli adalah beras kerana hanya RM10 sahaja untuk lima kilogtam (kg) dan minyak masak yang jimat 30 peratus harga dari pasaran.

Beliau menyambut baik usaha kerajaan menganjurkan Jualan Rahmah Aidiladha kerana ia sangat menjimatkan sekaligus membantu golongan B40.

Mohd Shukri Ramli diberi penerangan oleh Norazah Jaapar semasa program “walkabout” di Jualan Rahmah Aidiladha di perkarangan DUN Sanglang.

“Adakan lebih kerap, sebulan sekali umpamanya dan kami penduduk kampung tidak perlu pergi jauh untuk membeli barang runcit,” katanya.

Jirannya, Rodiah mengakui sekalipun hanya ada RM50 dalam dompetnya kerana diajak dengan tergesa-gesa ketika sedang memancing, ternyata mampu membeli barang keperluan di Jualan Rahmah ini.

“Dengan sejumlah ini ternyata lebih dari mencukupi untuk membeli barang keperluan utama seperi beras, gula dan minyak pada jualan ini,” katanya.

Ibu tunggal ini memberitahu, dengan keadaan harga barang yang naik mendadak ini sangat membantu apabila kerajaan menganjurkan Jualan Rahmah terutamanya menjelang Aidiladha beberapa hari lagi.

Shahirah Ahmad

Shahirah Ahmad, 33 bergegas segera ke lokasi jualan ini kerana tidak mahu terlepas dengan jualan harga barangan yang sangat menjimatkan.

“Saya membeli beras, tepung, kordial dan ayam sebagai persediaan bagi menyambut Aidiladha,” katanya.

Katanya, sebaiknya dianjurkan Jualan Rahmah ini sebulan sekali untuk membolehkan penduduk kampung membeli barang dengan harga yang menjimatkan.

Sempena Jualan Rahmah Aidiladha ini, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli juga melakukan “walkabout” sambil meninjau sambutan orang ramai dan beberapa peniaga yang terlibat.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar. – SM

Baca juga : 4 rangka bayi ditemukan di kebun dari hasil dari sumbang mahram anak dan bapa

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button