Nasionalpilihan

Penduduk Malaysia cecah 34 juta

JUMLAH rakyat Malaysia  pada suku tahun pertama 2024 dianggarkan seramai 34 juta, iaitu meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023) iaitu seramai 33.2 juta penduduk.
Menurut menurut laporan perangkaan demografi bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah penduduk terbabit merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata, penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta pada ST1 2024 daripada 17.4 juta (ST1 2023) manakala perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.
“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.
Menurut Mohd Uzir penduduk Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada ST1 2024 (ST1 2023: 17.6 juta) manakala penduduk Cina, bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 22.6 peratus, 12.2 peratus dan 6.6 peratus.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button