Sukan

Hoki Piala Asia dalam dewan: Rekod bersih Malaysia lebur

KECEMERLANGAN sekuad hoki wanita dalam dewan negara pada Piala Asia lebur apabila tewas kepada Kazakhstan.

Momentum kemenangan skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan pada Piala Asia 2024 terhenti selepas mengalami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A, di Chonburi, Thailand hari ini.
Aksi berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi menyaksikan Kazakhstan membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan pukulan sudut penalti Viktoriya Labanova disusuli gol dari situasi sama oleh Balzhan Baisenbay, selang dua minit kemudian.
Kazakhstan terus menambah derita skuad negara apabila Viktoriya Lyapina menyumbat masuk gol padang pada minit ke-23 sebelum tonggak pertahanan kebangsaan, Fazila Sylvester Silin memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-28 untuk menjaringkan gol sagu hati buat Malaysia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button