Politik

Pendirian Pas terhadap PN dan MN kekal

PAS terus mengekalkan pendiriannya untuk mengekalkan hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) dan pada masa akan terus memujuk UMNO meneruskan usaha penyatuan ummah, membabitkan ketiga-tiga parti teras Melayu, termasuk UMNO dan BERSATU.

Keputusan itu dibuat oleh parti Islam itu selepas selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa parti itu di ibu negara hari ini dan dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat itu, Abdul Hadi berkata, keputusan meneruskan usaha penyatuan ummah membabitkan komitmen ketiga-tiga parti teras Melayu itu juga bagi menjamin kestabilan politik negara pascaPRU15.

“PAS berpandangan perlu ada keanjalan dalam rundingan dengan UMNO dan BERSATU, termasuklah berkenaan syarat yang dikemuka dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya.

Pas juga kata Abdul Hadi tidak akan membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.


Katanya, ia bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023.

“Keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dilaksanakan,” katanya. – SM

 

(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button