JenayahNasional

Penceramah bebas popular rogol remaja direman

MAHKAMAH Majistret Sungai Besar hari ini membenarkan permohonan polis menahan reman lima hari terhadap seorang penceramah bebas popular kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi Subramaniam berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian direman lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan,” katanya.

Katanya lagi, sebelum itu polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada  pukul 11.15 malam, 16 Julai lalu.


“Hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.

“Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza,” katanya.

Polis setakat ini telah membuka empat kertas siasatan iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama, katanya. – SM

(Visited 2,271 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button