Ekonomi

Penat bekerja, Founder ESW rebah di majlis pelancaran Activ White

RAMAI yang mengataka insinden Founder ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd. Fauzi yang rebah ketika melancarkan produk baharunya sebagai satu gimik.

Menafikan perkara tersebut, Muhammad Iddin berkata, perkara tersebut sebenarnya berlaku secara tiba-tiba dan tidak dirancang sama sekali.

“Sebenarnya saya terlalu penat kerana sebelum itu saya mempunyai banyak urusan kerja.

“Ada netizen kata saya tidak sensitif, buat gimik ketika orang sedang susah banjir.

“Pertama, ia bukan gimik. Kedua, jika anda ikuti saya, kalian akan tahu betapa saya dan pasukan telah membantu mangsa banjir,” katanya.

Menurut Muhammad Iddin, dia berharap supaya netizen tidak terlalu mengecamnya tanpa meneliti dahulu apa yang berlaku sebenarnya.

Sebelum ini, satu video berdurasi 45 saat tular di laman media sosial apabila pengasas produk itu rebah ketika berucap pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai netizen bertindak mengecam insiden itu dengan mengatakan ia sengaja dibuat bagi meraih perhatian juga sebagai strategi pemasaran. -SM

(Visited 677 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button