Banjir

NGO semua digesa bantu mangsa banjir

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican menggesa agar semua NGO bermuafakat dalam membantu mangsa banjir agar segala bantuan dapat diselaraskan dan agihan dapat dibuat dengan teratur.

Ini adalah untuk mengelakkan mangsa banjir tercicir daripada menerima bantuan.

Peranan semua pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Komuniti dan sebagainya adalah sangat penting dalam proses menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dan mengelakkan pembaziran bantuan.

Menurut Mustapha, berdasarkan pengalaman bencana banjir yang dihadapi negara sebelum ini, berlaku banyak pembaziran sumbangan. Sebagai contoh bantuan barangan tertumpu pada tempat yang sama dan ada juga bantuan barangan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Mudah-mudahan dengan kerjasama semua pihak, kita dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa banjir ini. Ujarnya

Mustapha turut menekankan agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan banjir dan agihan bantuan supaya menjaga SOP yg dikeluarkan oleh KKM. Kita tidak nafikan ia akan memberi cabaran kepada mangsa banjir dan pihak yang membantu. Tetapi kita perlu ingat pandemik covid-19 ini belum berakhir. Pelbagai varian baru telah muncul sekarang ini seperti delta dan Omicron. Tidak hanya wabak covid-19, penyakit-penyakit bawaan air seperti jangkitan kuman kencing tikus, taun dan sebagainya turut berlaku. Disamping itu keracunan makanan juga boleh terjadi jika termakan atau terminum daripada sumber makanan & minuman yang tercemar.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI, Ustaz Mohd Fadzil Abu Kassim bagi membincangkan isu agihan bantuan banjir kepada penduduk yang terkesan. Turut hadir bersama dalam pertemuan itu, Bekas Pengarah Dakwah Hakim Ustaz Hashim Salleh yang juga pengerusi Persatuan Kebajikan Al- Furqan Putrajaya.

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button