Politik

Pemuda UMNO Melaka gesa lembaga disiplin siasat Lokman Adam

PEMUDA UMNO Melaka menggesa Lembaga Disiplin parti menyiasat Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Adam.

Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan berkata, dalam kebangkitan UMNO dihati rakyat, parti itu sepatutnya tidak perlu ada pertelingkahan dalaman secara terbuka terutamanya dalam kalangan pimpinan tertinggi.

“Gunalah saluran yang betul bagi mendapatkan penjelasan sepatutnya dan berjiwa besar menerimanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kita perlu terus melangkah menjuarai hati rakyat. Dengan adanya tuduhan-tuduhan begini ia membuatkan ahli parti dan rakyat menjadi keliru dan menyebabkan persepsi negatif Kepada parti.

“Kami di bawah berusaha keras untuk memenangi hati rakyat tetapi jika berlakunya tuduhan-tuduhan dalam kalangan pimpinan tertinggi yang akhirnya membuat rakyat kembali keliru ia amat membuang masa.

“Kami di bawah ini berkorban untuk parti maka hargailah pengorbanan kami dibawah,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru Lembaga Disiplin UMNO menyiasat Lokman Adam atas segala pertuduhan yang telah dilemparkannya ke atas institusi presiden dan beberapa lagi pimpinan parti di media sosial yang nampaknya semakin keterlaluan.

Sekiranya terdapat berlakunya kesalahan, kata beliau, maka tindakan memberi hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada mereka yang bersalah.

Lokman sebelum ini mahukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikenakan tindakan kerana cuba menghasut pemimpin UMNO keluar parti dan menyertai parti pemerintah.

Berikutan itu Lokman turut menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah masuk campur mengarahkan supaya tindakan terhadap Hishammuddin dihentikan sehingga menyebabkan Apandi meletakkan jawatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button