fbpx
Politik

Pemuda UMNO tuduh Lokman sebagai parasit

PEMUDA UMNO Johor menuduh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Adam sebagai parasit di dalam parti kerana melakukan serangan terhadap presiden di dalam media sosial.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, Pemuda Umno Johor memandang serius tindakannya sebagai melampau dan keterlaluan.

“Ia merupakan serangan yang tidak wajar terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyifatkan Lokman sebagai anai-anai yang menggigit rapuh keutuhan parti yang telah dibina semula selepas kekalahan PRU14.

“Ini adalah tindakan kebudak-budakan dan sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Ahli MT UMNO,” katanya.


Kata beliau, oni bukan kali pertama “serangan”secara terbuka Lokman terhadap kepimpinan parti, bahkan pelbagai tuduhan beliau lemparkan terhadap kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua Pemuda Malaysia dan Pemimpin-pemimpin UMNO lain.

“Sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

“Sebagai pimpinan tertinggi parti, beliau perlu menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan bukannya menyerang pucuk pimpinan parti umpama budak tidak matang tanpa sebarang asas.

Kita boleh berbeza pendapat, tapi perbezaan itu harus diurus dengan baik mengikut saluran parti,” katanya.

Beliau kata Mohd Hairi, boleh mengemukakan pertanyaan ataupun melontarkan kritikan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,  tetapi memilih media sosial.

Tindakan itu, katanya, bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO dan mengambil peluang untuk merosakkan imej parti seperti parasit.

“Gerak geri dan tindakan sebegini tidak boleh dibiarkan lagi. Jika tidak dibendung ia boleh merosakkan parti.

“Justeru Pemuda UMNO Johor menggesa tindakan tegas diambil terhadap Datuk Lokman dengan memecat beliau sebagai ahli MT dan juga ahli UMNO.

“Tindakan tegas ini penting kerana ketika UMNO sedang membina kembali kekuatan, ia tidak boleh diganggu gugat ataupun dirosakkan oleh parasit ataupun anai-anai dari dalam parti sendiri,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button