Politik

Pemuda PKR mahu Muhyiddin contohi Dr. M lepaskan jawatan PM

PEMUDA PKR (AMK) mahu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mencontohi langkah yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri selepas kehilangan sokongan majorti.

Naib Ketua AMK Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata Dr. Mahathir melepaskan jawatan sebaik saja menyedari dia tidak lagi mendapat kepercayaan ahli Parlimen.

Justeru Muhyiddin juga perlu melakukan langkah yang sama, selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan ada ahli Parlimen UMNO dan BN kini memberikan sokongan kepada Anwar.

Kenyataan Zahid itu, menurut Syed Badli membuktikan Muhyiddin sudah kehilangan sokongan majoriti sebagai perdana menteri.

“Muhyiddin perlu melepaskan jawatan perdana menteri secara terhormat setelah terbukti dia hilang sokongan majoriti.

“Dia perlu mencontohi mantan perdana menteri yang meletakkan jawatan bagi membolehkan pihak istana melakukan proses berikutnya,” kata Syed Badli Shah.

Menurut Syed Badli Shah, kenyataan Ahmad Zahid menunjukkan Muhyiddin tidak lagi layak bergelar perdana menteri.

“Justeru Muhyiddin perlu meletakkan jawatan perdana menteri dengan cara yang terhormat bagi memudahkan proses transisi kerajaan,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Pada akhir Februari lalu Mahathir melepaskan jawatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Dr. Mahathir juga kehilangan majoriti selepas sejumlah ahli Parlimen PKR turut meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button