Hiburan

Peminat puji Fasha Sandha tiada posting di socmed semasa mengerjakan umrah

PASANGAN suami-isteri Fasha Sandha dan Aidil Aziz baharu sahaja pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah.

Pemergian mereka untuk mengerjakan ibadah umrah tidak dipaparkan ataupun diuar-uarkan di media sosial, seperti mana lazimnya dilakukan oleh rakan-rakan artis lain.

Kata Fasha, beliau tidak ada masa untuk memuat naik gambar berkaitan perjalannya menunaikan umrah kerana masanya singkat.
Ini kerana beliau hanya ada masa Sembilan hari sahaja semasa berada di Mekah.

“Tidak sempat dan tak ada masa untuk membuat hantaran di media sosial atau sebarang suntingan video,” katanya.

Walau bagaimanapun dalam hantaran terbarunya, Fasha memuat naik satu video semasa berada di Mekah, beliau tetap mengharap agar dia dan suami dijemput lagi ke sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pelakon wanita itu terus beristiqamah dalam menutup auratnya setelah pulang ke tanah air.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Fasha dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8. – SM

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button