Uncategorized

Yusof Haslam ingat pesanan isteri, enggan komen Ira Kaza hamil

PENERBIT filem terkenal, Datuk Yusof Haslam secara terus terang menyatakan beliau tidak mengambil tahu sama ada isteri baharu anaknya, Syamsul, Ira Kazar mengandung atau tidak.

Tindakannya itu, menurut produser dan pengarah berkenaan adalah demi menjaga hati isterinya, Datin Fatimah Ismail.

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan isteri baharu Syamsul berbadan dua.

Walaupun perkara itu belum disahkan atau keluar dari mulut empunya tubuh mahupun daripada Syamsul sendiri, ada yang mengerumuni Yusof Haslam untuk mendapatkan kesahihan.

Menerusi aplikasi TikTok, Yusof berkata, “Dia hamil atau tidak, saya tak tahu. Saya tak nak komen.

“Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih,” kata Yusof.

Katanya lagi, isterinya juga berpesan, jangan buka mulut atau memberi komen tentang isu ini apabila berhadapan dengan media demi menjaga kebaikan orang sekeliling.

“Isteri saya juga berpesan agar tidak bercakap banyak kerana tahu wartawan akan mengejar saya hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof menafikan dirinya mengelak daripada berjumpa dengan wartawan.

Beliau juga berkata, akan cuba menjawab segala persoalan jika ditanya kepadanya.

“Sebagai orang seni, saya kena jawab apabila ditanya. Menjadi sasaran di media sosial juga adalah satu perkara yang perlu saya bersedia dari awal.

“Saya kena hormat kerja wartawan yang menjalankan tugas. Kalau ditanya, saya akan cuba jawab sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya sama ada Syamsul ada bertemu beliau dan isteri, Datin Fatimah, soalan itu tidak mendapat jawapan.

Sebaliknya, sebagai seorang ayah, Yusof sentiasa menyokong kerjaya Syamsul.

“Saya tak nak cakap Syamsul balik rumah atau tidak. Saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan dua cucu saya.

“Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walaupun sebelum ini kata-kata saya macam marah tetapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang,” katanya. – SM

(Visited 819 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button