HiburanLuar Negara

Pemilik suara Nobita meninggal dunia akibat serangan jantung

PEMILIK suara watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 89 tahun.

Menurut laporan TodayOnline, Ota menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kanagawa, Jepun pada 29 Oktober lalu.

Namun demikian, berita tersebut hanya diumumkan oleh The Theater Echo Company pada Selasa lalu.

Ota adalah pemilik pertama bagi suara Nobita sejak tahun 1979 hingga 2005.

Selain Doraemon, Ota turut meminjamkan suaranya bagi watak lain seperti Leo dalam Jungle Emperor Leo pada tahun 1966 dan Atsuko Kagami dalam Himitsu No Akko-chan pada tahun 1969.


Dia pernah menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2016 di Tokyo Anime Award Festival.

Dia dilahirkan di wilayah Hyogo pada 25 April 1932 dan menyertai teater muzikal Takarazuka Revue pada tahun 1947 di mana dia bertemu dengan suaminya yang juga seorang pelakon suara, Osamu Saka. – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button