Nasional

Pemilik rumah mampu milik di KL nikmati diskaun cukai 25 peratus

KUALA LUMPUR: Seramai 25,677 pemilik rumah mampu milik di ibu negara akan menikmati pengurangan cukai sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua iaitu Julai sehingga Disember tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai taksiran yang dikenakan ke atas rumah kediaman di Kuala Lumpur agak membebankan warga kota terutamanya pemilik kediaman rumah mampu milik.

Sejajar, itu, kata beliau, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan elemen ihsan yang menekankan kepada aspek peduli, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan pengurangan cukai taksiran tersebut.

Menurut beliau, pengurangan tersebut diberikan sehingga penilaian semula dilaksanakan.

“Inisiatif ini adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini.

“Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM2.067 juta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button