Politik

Pemilihan parti PKR sekadar sketsa politik Anwar Ibrahim

PEMILIHAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kali ini disifatkan hanya sketsa politik Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, pemilihan dan perebutan jawatan dalam parti itu hanya sekadar untuk menafikan PKR sebuah parti berasaskan kroni dan keluarga Presidennya.

“Di atas kertas sememangnya pemilihan PKR pada kali ini mendapat sambutan apabila ramai pemimpin mencalonkan diri untuk bertanding merebut jawatan dalam parti.

Namun realitinya, ini adalah sketsa politik Anwar Ibrahim untuk menunjukkan PKR ini mempunyai nilai, “crowd” dan paling penting hendak tunjukkan PKR memperjuangkan demokrasi bukannya parti Kroni & Keluarga Anwar Ibrahim”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Baca artikel ini > Belum tahu nak pertahankan kerusi Parlimen Port Dickson

Tambah beliau, pemilihan PKR kali ini yang menyaksikan beberapa artis mencalonkan diri untuk bertanding turut dilihat hanya sekadar hiburan.

“Perkara ini tidak pelik kerana PKR sendiri merupakan parti yang paling “menghiburkan” kerana banyak drama dapat disaksikan sejak parti itu ditubuhkan.

Drama sedih dan air mata merupakan cara PKR untuk mengemis undi daripada rakyat sejak sekian lama.”

Jelas Shahrul Nasrun lagi, pembabitan artis, pelakon dan pengarah dalam PKR akan menyaksikan lebih banyak lagi skrip dan drama baharu yang akan disajikan dalam senario politik negara.

“Kita perlu ingat dan jangan sesekali lupa akan sandiwara yang telah dihidangkan kepada rakyat Malaysia sebelum ini.

PKR perlu ingat bahawa rakyat Malaysia cerdik dan tidak akan terpengaruh lagi dengan wayang politik arahan Anwar Ibrahim”, katanya. – SM

Baca artikel ini > Debat Perdana Najib-Anwar 12 Mei depan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button