Pembayaran kad debit, prabayar dan debit untuk tol sedang diuji di AKLEH
KUTIPAN tol melalui kad debit, kad kredit atau kad prabayar, juga dikenali sebagai Sistem Pembayaran Terbuka (OPS), kini sedang di uji di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Dato’ Mohammad Azlan Abdullah berkata OPS adalah pilihan berdaya maju yang boleh diakses oleh pengguna kenderaan (kereta) Kelas 1 melalui lorong yang ditetapkan khas yang ditunjukkan oleh papan tanda gantri yang baru dipasang.
Beliau berkata sistem itu kini berkuat kuasa di tiga plaza tol GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong, mulai 13 Sept.
Plaza Tol Datuk Keramat di AKLEH pula menerima kaedah pembayaran tol baharu itu sejak 9 Sept.
“Satu lorong di setiap plaza tol dikhususkan untuk sistem dalam percubaan, mematuhi piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA),” katanya sambil menambah inisiatif itu adalah tambahan kepada kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag, dan RFID.
“Inisiatif itu akan memberikan lebih banyak kemudahan dan fleksibiliti kepada pemandu dengan pelbagai pilihan pembayaran tol yang akan menyumbang kepada peningkatan keseluruhan industri lebuh raya negara,” katanya. -SM
Baca : Farid Kamil dan Diana Danielle rujuk semula