Nasional

UPSI bantu Brunei realisasikan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Kokurikulum menerima lawatan penanda aras dari Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, Hajah Sofinaz Abd Majid itu turut disertai dua jurulatih dari OBBD iaitu Jurkarnain Hussin dan Zunnur Amni Damit hadir ke UPSI bagi melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di UPSI Adventure Park (UAP)
Menurut Hajah Sofinaz lawatan penanda aras ke UPSI bertujuan bagi merealisasikan pelaksanaan penubuhan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar di Negeri Brunei Darussalam.

Delegasi OBBD bersama Md Amin (lima dari kiri) bergambar kenangan di Socholar’s Suites UPSI.

“Kami lihat di UAP memiliki fasiliti dan kemudahan bagi aktiviti tali tinggi dan sedikit sebanyak boleh diaplikasilan bagi penubuhan badan kebangsaan kemahiran kegiatan luar.” Ujar beliau sewaktu hadir perjumpaan di UPSI.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy(AURORA) yang ditubuhkan UPSI adalah sebuah pusat rujukan berkaitan rekreasi dan keselamatan dalam kegiatan rekreasi dan pendidikan luar.

Hajah Sofinaz menyampaikan cenderamata kepada Prof Datuk Dr Md Amin.

Katanya, UPSI sentiasa bersedia dan terbuka hati dalam membantu OBBD bagi merealisasikan penubuhan Badan Kemahiran Kegiatan Luar di Brunei.

“UPSI mempunyai ramai tenaga pakar rekreasi luar yang yang berpengalaman luas bersedia berkongsi kepakaran mereka bersama OBBD,” katanya.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, PM Dr Mazuki Mohd Yasim, lawatan penanda aras dan perbincangan tentang hala tuju dan pembangunan Outdoor Education di negara Brunei Darussalam bersama Outward Bound Brunei yang menjadi wakil kepada Kementerian Belia dan Sukan Brunei di UPSI.

“UPSI khususnya AURORA akan membantu sedaya mungkin bagi pembangunan badan akreditasi dan pensijilan akademik kepada jurulatih OBBD dan penggiat outdoor education di Brunei Darussalam.

AURORA juga, katanya, aktif menganjurkan pelbagai kursus dan webinar sebagai medium kepada orang ramai berkaitan isu semasa berkaitan pendidikan luar dan rekreasi luar.

Katanya, sudah 20 siri webinar dijalankan oleh AURORA dan empat kali siri kursus berkaitan “swiftwater rescue”.

Mazuki berkongsi maklumat mengenai fasiliti kegiatan rekreasi luar yang terdapat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Beliau berkata lebih membanggakan UPSI adalah universiti awam pertama yang memiliki fasiliti bagi aktiviti tali tinggi di UPSI Adventure Park yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah dan aktiviti berkayak.

Di UAP, katanya, terdapat aktiviti tali tinggi merangkumi zipline, abseiling, wall climbing, high element dan obstacles course.

Selain itu, Titiwangsa Boat House menjadi lokasi untuk aktiviti kayak dan ATV yang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa. -SM

Baca : Hari Keluarga Madani UPSI 2023 rapatkan ukhwah warga kampus

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button