Agama

Pemangku Raja Perlis titah masjid perlu jadi lambang syiar Islam

Masjid-masjid seluruh Negeri Perlis perlu menjadi lambang syiar agama Islam dan mengangkat sunnah Rasulullah SAW sebagai mana pegangan utama negeri ini.

Jawatankuasa Kariah dan agensi-agensi agama hedaklah memastikan majlis-majlis ilmu diatur dan diseimbangkan pengisiannya mencakupi bidang-bidang penting dalam agama seperti aqidah, ibadah, akhlak dan sebagainya termasuklah pengetahuan- pengetahuan am seperti kesihatan, ekonomi, dan juga isu-isu semasa.

“Secara tidak langsung kita mampu menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang berimpak besar ke arah ‘Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’ kepada masyarakat sekeliling dan juga luar”,

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al- Mursyid, Guring Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Tuanku Raja Perlis di Pauh, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.

Tuanku Pemangku Raja turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian dan pengurniaan cenderahati kepada dua orang Penerima Anugerah Ahli Kariah Berjasa.

Penerima yang pertama adalah Kassim Haji Hassan yang mewakili Allahyarham ayahnya, Haji Hassan Senapi yang telah mewakafkan tapak untuk membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Kampung Guring dan telah berkhidmat sebagai Imam pada sekitar tahun 1970 sehingga tahun 1980.

Penerima yang kedua pula adalah Haji Ramli Lebai Zain yang mula berkhidmat sebagai Siak di Masjid Lama Arau dan kemudian menaburkan bakti di Masjid Lama Kampung Guring. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Bilal di Masjid Kampung Guring dan dilantik Imam 1 pada tahun 2006 sehingga tahun 2017.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menzahirkan agar masjid hendaklah dipastikan sebagai tempat yang selamat. Bajet penyelenggaraan masjid perlu diperuntukkan dengan sewajarnya dan agenda masjid sempurna serta lengkap fasiliti haruslah diletakkan sebagai KPI yang hendak dicapai di negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button