AgamaNasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis terima sembah mengadap GASMA, RUDA

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap hormat delegasi Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) dan Rabithah Ulama’ & Da’ie ASEAN (RUDA) di Bilik Mesyuarat Galeri Diraja, Arau, siang tadi.

Pertemuan tersebut turut disertai Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menerima cederamata dari wakil delegasi GASMA dan RUDA di Bilik Mesyuarat Galeri Diraja, Arau.

Delegasi ini merupakan kepimpinan dalam kalangan tokoh-tokoh agama dari Indonesia, Filipina, Vietnam dan juga Malaysia yang telah hadir ke Perlis sempena Majlis Multaqa Ahlus Sunnah Asia Tenggara Bagi Tahun 2023 di Dewan Putra Regency Hotel, Kangar pada 20 Mei lalu.

Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan tersebut adalah berkaitan kerjasama antara semua negara yang hadir dalam bidang pendidikan, dakwah dan kerjasama program di peringkat antarabangsa.

Gabungan dan kekuatan yang sedia ada ini boleh membawa kepada fokus untuk kemajuan umat Islam dan melangkah ke hadapan serta merealisasikan cita-cita untuk memperluaskan dakwah di nusantara ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan delegasi GASMA dan RUDA di Bilik Mesyuarat Galeri Diraja Arau.

Wakil dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, MAIPS dan KUIPs juga menggunakan peluang ini untuk menerangkan dengan lebih lanjut kepada delegasi yang hadir akan fungsi dan peranan masing-masing.

Pemangku Raja turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana mereka telah memilih Perlis sebagai tempat untuk bermusyawarah.

Baginda juga berharap agar resolusi yang tercapai akan segera dapat dilaksanakan termasuklah yang melibatkan kerjasama antara MAIPs, KUIPs dan agensi-agensi lain di negeri Perlis. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button