Nasional

Pemangku Raja Perlis harap Jabatan Kesihatan Perlis kekalkan momentum pencapaian cemerlang

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis muncul sebagai antara negeri terbaik dengan pencapaian cemerlang KPI iaitu 98.95 % bagi tahun 2023 dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pula sebagai dua hospital negeri terbaik. Manakala program kejuruteraan kesihatan awam negeri Perlis terpilih menjadi program terbaik peringkat kebangsaan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Dr. Ismuni Bohari, mantan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sembah Mengadap Perpisahan beliau di Galeri Diraja Arau.

Dr. Ismuni bertukar sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah atas kenaikan pangkat dan telah berkhidmat di Perlis dari 18 Julai 2022 sehingga 19 Mei 2024.

Banyak kejayaan termasuklah perlaksanaan dan pembangunan program transformasi perkhidmatan, penyediaan perancangan perkhidmatan dan pembangunan fasiliti Kesihatan Negeri Perlis di bawah pentadbiran beliau.

Melalui perlaksanaan program ‘Perlis Hebat: Sihat Milik Semua’ yang mensasarkan kepada memaksimakan potensi kesihatan masyarakat Perlis dan penjngkatan Kelinik Kesihatan serta kesedaran penjagaan kesihatan kendiri untuk semua lapisan masyarakat dengan fokus kepada generasi muda dan warga emas serta menjadi antara negeri yang tertinggi pencapaian peratusan bagi program saringan kesihatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapan tahniah atas kenaikkan pangkat dan penghargaan kepada Dr. Ismuni yang telah berkhidmat dengan cemerlang melalui kepimpinannya, berani membawa perubahan yang positif serta meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan negeri ini. Baginda berharap agar segala momentum kejayaan yang dikecapi akan terus ditambah baik lagi di masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Dr Ismuni turut mengadakan kunjungan mengadap perpisahan ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid di Wad DiRaja HTF.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button