Auto Travel

Pemangku Raja Perlis berkenan rasmi Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Program edisi kedua tersebut dianjurkan oleh Encomas Sdn Bhd dengan kerjasama Caffe Diem serta All In Hotel bermula pada 6 hingga 8 Julai 2024.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusannya, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.

Menurut Datuk Rick, ‘Penganjuran festival ini adalah bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi adat dan budaya masyarakat kampung ini serta meneroka keunikan dan keindahan yang merupakan tumpuan utama pengunjung dan pelancong yang bertandang ke negeri ini’.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah lawatan ke gerai-gerai makanan warisan yang disediakan oleh tujuh buah kampung, pertandingan antara kampung yang bertemakan makanan, aktiviti tarian dan muzik serta beberapa aktiviti kemasyarakatan lain.

Turut diadakan ialah pertandingan membuat garam belacan dan juga persembahan boria khas oleh penduduk setempat.

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button