fbpx
BeritaNasional

Pemandu Grab wanita cedera dipukul, kereta dilarikan

SEORANG pemandu Grab wanita bukan sahaja cedera di kepala dan muka, malah kereta dipandu turut dilarikan oleh seorang penumpang dalam satu kejadian samun di Kinarut, Sabah semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 59 tahun, telah mengambil seorang penumpang lelaki di pekan Inanam.

Sumber berkata, suspek menempah perkhidmatan Grab untuk ke Karamunsing.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi yang ditempah, suspek meminta supaya mangsa menghantarnya di Kinarut.

“Ketika tiba di Kinarut, suspek bertindak memukul belakang kepala dan muka mangsa sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan Kampung Gana, Kinarut,” katanya memetik laporan SabahNewsToday.

Suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki kenderaan milik mangsa jenis Perodua Myvi.

Turut dilarikan barang peribadi mangsa.

Penduduk kampung yang melihat keadaan mangsa berlumuran darah segera membantu sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button