Nasional

Dong Zong kekal sifat cauvinis pertahankan pendidikan kaum Cina, rumus iGuru

PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan kekal bersifat cauvinis dalam mempertahankan pendidikan kaum Cina di Malaysia.

Itu rumusan yang dibuat Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) selepas mengadakan perjumpaah dengan Setiusaha Agung Dong Zon,g  Ng Chai Heng dan Eksekutif Projek Silang Etnik dan Budayanya, Yap Heng Lung di ibu pejabat pertubuhan itu semalam.

Menurut Presiden iGuru, Mohd. Azizee Hasan, perjumpaan yang turut dihadiri Timbalan Presiden iGuru, Agus Lokman itu pada mulanya berlangsung dengan tenang tetapi menjadi panas apabila mereka membahaskan isu sekolah satu aliran dan polemik tulisan Jawi.

“Pihak Dong Zong tegar menolak pembelajaran jawi di tahun 4 SJKC dan SJKT dan berkeras supaya hal keputusan pembelajaran tulisan jawi di serahkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah bukan pihak PIBG , ibubapa dan murid- murid.

“Pihak iGuru telah menjelaskan pendirian tegas membantah tindakan Dong Zhong yang cuba mencabar kedudukan Bahasa Melayu dan menyeru untuk menghormati apa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan,” kata Mohd. Azizee.

Berdasarkan perjumpaan itu, Mohd Azizee membuat lapan rumusan terhadap Dong Zong iaitu pertubuhan itu melihat naratif pendidikan melalui kacamata perspektif ‘kecinaan’ dan menganggap kewujudan sekolah- sekolah Cina sudah lama bertapak dan British membenarkan perkara tersebut.

Dong Zong menolak konsep sekolah satu aliran dan memperjuangkan konsep pelbagai bahasa yang bererti pertubuhan itu akan terus mempertahankan pengekalan sekolah vernakular di mana sehingga kini terdapat 80 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina.

“Perjuangan Dong Zong merentasi parti dan meletakkan identiti, bahasa dan budaya mesti dipelihara melalui pendidikan. Justeru badan yang paling berkuasa ialah Lembaga Pengelola Sekolah ( LPS). Sebarang keputusan pihak KPM tanpa mengambil kira perbincangan LPS akan membawa konflik antara dua pihak.

“Dong Zhong menganggap pembelajaran Jawi adalah satu bentuk islamisasi. Ia turut disokong pihak kaum India yang mendakwa ramai anak india memeluk islam disebabkan belajar tulisan jawi walaupun ini hanya tuduhan tidak berasas,” kata Mohd Azizee.

Tambah beliau, Dong Zong konsisten menzahirkan sikap utamakan bangsa Cina dalam memperjuangkan pendidikan Cina. Justeru,  kakitangan dan staf pertubuhan itu terdiri daripada  mereka yang boleh bercakap bahasa Cina.

Menurut Mohd. Azizee, pertubuhan itu juga tidak menggunakan silibus sejarah yang ditetapkan pihak Kementerian Pelajaran.

“Mereka menggubal kurikulum sejarah menurut perspektif sendiri dan memasukkan lebih banyak kandungan berkaitan sejarah dunia berbanding sejarah Malaysia. Mereka melihat penulisan sejarah negara dimanipulasi orang politik. Hakikatnya mereka gagal memahami sejarah negara dengan tepat dan betul.

“Dong Zong kekal bersifat cauvinis dalam mempertahankan pendidikan kaum Cina meskipun berdepan ugutan mana- mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah. Bagi mereka kepentingan kaum itu adalah mempertahankan identiti dan bahasa mereka. Oleh itu mereka akan berhabis-habisan untuk hal tersebut dari sudut kewangan dan fasiliti,” kata Mohd. Azizee.

Tambah Mohd. Azizee, Dong Zong menganggap sistem pendidikan sedia ada hanya mementingkan satu kelompok sahaja iaitu mereka yang belajar di sekolah kebangsaan manakala murid- murid di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dipinggirkan atau berlaku diskriminasi.

Beliau berharap rumusan perjumpaan iGuru dan Dong Zong itu menjado permulaan mengkaji lebih mendalam sistem pendidikan kelolaan Persekutuan Persatuan- Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

Mohd. Azizee berkata, iGuru akan terus memberanikan diri berdepan dengan pihak Dong Zoong secara lebih berdepan dalam mempertahankan kepentingan nasional.-SM

 

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button