Nasional

Pemandu dipercayai mabuk langgar empat kenderaan, seorang maut

oleh BERNAMA 

SEORANG pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol, secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Abdul Salam Saad berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa serta tiga motosikal itu berada dalam satu laluan yang sama sedang bergerak dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Ford Fiesta dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang sedang bergerak terus dari arah Kajang, Lebuhraya Lekas dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam dan merempuh sebuah Proton Persona dan tiga buah motosikal yang berada di laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun – Guan Eng

[BACA ARTIKE] Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan mahu kaji sampai bila?

Katanya tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal itu luka di badan dan tangan manakala pemandu kereta yang melawan arus itu cedera di kepala dan luka di badan.

Beliau berkata mayat lelaki yang meninggal dunia itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat manakala pemandu lelaki yang cedera itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk terus ‘mengganas’, dua lagi maut kena langgar

[BACA ARTIKEL] Mabuk sampai tak sedar langgar kereta polis

“Polis masih menunggu laporan ujian alkohol dan air kencing pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu sama ada terdapat kandungan alkohol atau dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button