Agama

Raja Muda Perlis berangkat menghadiri Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1446H

KUALA PERLIS 31 Mac – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1446H yang berlangsung di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pada petang semalam.

Keberangkatan baginda diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta putera dan puteri baginda, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail, dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Mufti Perlis, Sahibus Samahah Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima taklimat khas yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis, Sr. Mohd Khairani Md Yusop, berhubung proses cerapan Hilal Syawal tahun ini.

Duli-Duli Tuanku turut berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, berbuka puasa, serta beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda siesi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya rajyat Perlis serta kenalan Baginda tidak kira di mana sahaja mereka berada dan turut mengingatkan agar sama-samalah kita semua menggunakan kesempatan Aidilfitri ini untuk bermuhasabah diri, memperbanyakkan istighfar serta membanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai mezahirkan kesyukuran atas limpah kurnia dan rahmat Allah Azza Wajalla kepada kita semua.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button