Sukan

Pemain pelapis Jun Hao tewaskan Liew Daren

BEKAS juara remaja Asia, Leong Jun Hao yang menepati ramalan untuk ke Divisyen Satu Kejohanan Badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  mencipta satu lagi kejutan apabila menewaskan pemain senior Liew Daren.

Jun Hao yang merupakan pemain pelapis bangkit daripada kekalahan set pertama 15-21 sebelum menang 21-14 dan 21-16 dalam pertarungan ‘rubber-set’  lebih sejam itu.

“Saya sudah menjangkakan saingan sengit tetapi tidak memikirkan lawan. Sebaliknya hanya mahu menampilkan persembahan terbaik pada setiap perlawanan.

“Sasaran adalah untuk muncul empat pemain terbaik dan kejayaan ini menyuntik semangat untuk memburu kejayaan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Ng Tze Yong yang juga seorang lagi pemain pelapis juga bermain cemerlang untuk menundukkan bekas pemain negara, Soong Joo Ven, 21-18, 21-12.

Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia pula tidak menghadapi masalah untuk menewaskan naib juara Divisyen 2, Lim Chong King 21-14, 21-9 pada saingan pusingan awal.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soh Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa undur daripada kejohanan selepas Soon Huat mengalami kecederaan otot di bahagian belakang ketika ketinggalan 4-6 pada set kedua menentang gandingan muda Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Soon Huat dan Jemie Llai menang set pertama 21-13.

BAM menganjurkan kejohanan jemputan itu secara tertutup bagi memastikan pemain negara kekal kompetitif susulan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsan ekoran pandemik COVID-19.

Seramai 52 pemain termasuk lapan pemain profesional negara bersaing dalam kejohanan pusingan ‘round-robin’ yang berakhir Ahad ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button