Jenayah

Pemain bola sepak Kelantan didakwa merogol telah dicutikan

Kelantan: Salah seorang pemain Kelantan United FC terbabit dalam kes rogol melibatkan seorang wanita muda telah diletakkan di bawah cuti untuk satu tempoh masa.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kelab bola sepak itu menamakan pemain itu sebagai Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan United Wan Mohd Zul Ikram berkata pemain itu tidak akan menyertai sebarang latihan dan perlawanan Liga Perdana sepanjang tempoh cuti.

Wan Mohd juga berkata bahawa pasukan itu akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mereka terhadap dakwaan rogol, dan akan menunggu laporan penuh siasatan.

Tambahnya, kelab bola sepak itu tidak akan membiarkan sebarang perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh sesiapa di dalam kelab itu.

“Bagaimanapun, Kelantan United FC masih berpegang kepada konsep “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”, dan apabila (pemain itu) didapati bersalah, tindakan akan diambil mengikut undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak,” katanya.

Bernama melaporkan pada 31 Mei bahawa polis Kelantan telah menahan seorang pemain bola sepak bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita berusia 18 tahun pada 29 Mei.

Pemangku ketua polis negeri Zaki Harun berkata, pemain bola sepak berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan selepas wanita itu membuat laporan polis.

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button