KesihatanNasionalPenyakit

Johor catat 5,234 kes HFMD 

PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor meningkat 50 kali ganda daripada 104 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada jumlah 5,234 itu, 4,594 kes melibatkan kanak-kanak berumur sehingga enam tahun.

Manakala tujuh hingga 12 tahun adalah 564 kes dan selebihnya merupakan mereka yang berumur lebih 13 tahun, kata Ling.

“Sebanyak 41 wabak HFMD dikesan di taska diikuti rumah persendirian (18), tabika (13), tadika (lapan), prasekolah (tujuh), sekolah rendah (tiga), pusat jagaan harian (dua) dan lain-lain (tiga),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 25 wabak aktif HFMD dilaporkan dengan Johor Bahru merupakan daerah tertinggi iaitu 11 wabak.

Ini diikuti Kluang (tujuh), Kota Tinggi (lima) manakala Muar dan Tangkak masing-masing satu wabak.

Justeru Ling menyeru rakyat Johor supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan bagi mencegah penyakit itu.

“Dalam masa cuti sekolah ini, ibu bapa sila menggunakan peluang ini bagi mendidik anak-anak anda supaya memberi lebih perhatian terhadap kebersihan kendiri dan persekitaran.

“Bagi pengusaha institusi pendidikan pula, mereka disarankan agar membuat kerja-kerja sanitasi dan pembersihan di kawasan premis,” katanya. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button