Pelatih wanita hamil diserang beruang sarkas
SEEKOR beruang berwarna perang mengamuk lalu menyerang seorang pelatih wanita yang sedang berbadan dua semasa pertunjukan sarkas di Rusia sambil disaksikan oleh kanak-kanak yang menjerit ketakutan.
Wanita itu ketika diserang, memakai gaun berwarna biru cerah berasa keliru kerana beruang asuhannya secara tiba-tiba mengamuk ketika persembahan sarkas berlangsung.
Dua lelaki mencuba membantu menghentikan serangan beruang tersebut dan menariknya keluar.
Menurut laporan Mirror, beruang jantan itu bagaimanapun tidak berhenti menyerang mangsanya walaupun ‘dipukul dengan cambuk’.
Kejadian itu berlaku dalam gelanggang yang melibatkan dua ekor beruang dan dua pelatih ketika pertunjukkan sedang berlangsung.
Pelatih wanita itu mengatakan beruang asuhannya mungkin menyerangnya kerana dia cemburu akan pelatihnya yang mengandung.
Pelatih itu dikejarkan ke hospital dengan dalam keadaan berlumuran darah.
Pelatih wanita itu bagaimanapun amat bernasib baik dan bayi dalam kandungannya juga berada dalam keadaan baik. – SM