HiburanLuar Negara

Pelakon Filem Alec Baldwin tertembak guna senjata api prop

MALANG tidak berbau apabila seorang pelakon Hollywood, Alec Baldwin tertembak dua orang kru produksi ketika penggambaraan dijalankan di Bonanza Creek Ranch, Amerika Syarikat.

Menurut The Hollywood Reporter, pengarah fotografi, Halya Hutchins, 42, mengalami kecederaan apabila Baldwin tertembak menggunakan senjata api yang digunakan sebagai prop.

Namun, ketika perjalanan ke Hospital University of New Mexico menggunakan helikopter, Hutchins telah disahkan meninggal dunia.

Mangsa kedua, pengarah filem Rust, Joel Souza, 48 telah dikejarkan ke pusat perubatan Christus St. Vincent menggunakan ambulans dan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut wakil pejabat sheriff tempatan, Juan Rios, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini tiada sebarang dakwaan disabitkan.

“Babak yang sedang menjalani penggambaraan itu menggunakan senjata api sebagai prop dan kemudiannya terdapat tembakan yang dilepaskan.

“Detektif masih menyiasat bagaimana dan jenis projektif tembakan,” katanya kepada media antarabangsa.

Penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan buat sementara bagi menjamin keselamatan kru dan pelakon. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button