Nasional

Kantoi Najis Tikus Dan Sisa Makanan Bersepah, Kilang Proses Tauhu Dan Belacan Diarah Tutup!

SANGAT menjijikan apabila tempat pembuatan makanan terdapat najis tikus dan sisa-sisa makanan yang dihasilkan.

Hasil tinjaun pihak berkuasa di sebuah kilang memproses makanan tauhu dan belacan di Seberang Perai, Pulau Pinang mendapati kilang tersebut sangat kotor dan menjijikan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan kilang tauhu yang bertempat di Tasek Gelugor dan sebuah permis menghasilkan belacan di Butterworth tutup selama dua minggu bagi kerja-kerja pembersihan.

Semasa tinjauan dilakukan, dijumpai najis dan belacan yang dihasilkan dipijak-pijak oleh pekerja di permis tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu tindakan telah dikenakan oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Negeri, Mohd Wazir Khalid, telah ditemui banyak najis tikus yang bertaburan di dalam stor makanan di kedua-dua permis berkenaan.

“Kilang tauhu tersebut turut kotor dengan lebihan makanan di atas lantai dan juga sekitar mesin-mesin penghasilan produk makanan itu.

“Pekerja di kedua-dua kilang terbabit turut didapati tidak mempunyai sebarang suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada pengusaha-pengusaha makanan dan telah pun dikenakan kompaun,” katanya.

Ops Bersih yang dilakukan secara berkala itu turut melibatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 selain isu-isu kebersihan produk makanan yang dihasilkan. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button