Rencah Hidup

Pelajar terharu dapat Anugerah Cemerlang daripada Tun M

Gagal 3 subjek ketika percubaan, SPM lulus cemerlang!

“SAYA nak mengucapkan terima kasih kepada cikgu sebab dah buatkan majlis Anugerah Cemerlang SPM untuk kami batch 04. Walaupun bagi saya 5A tu tak banyak, tapi PTTI masih nampak peningkatan saya dari G ke A. Saya sangat hargai momen dalam majlis tu.”

Demikian kata pelajar Izz Khalisa Amri, 18, yang mendapat keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G ketika percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sebelum memperoleh keputusan cemerlang 5A 4B seperti yang tular di media sosial.

Kejayaan diraih itu membolehkan Izz Khalisa yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor atau lebih dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) menerima Anugerah Cemerlang daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, baru-baru ini.

Izz Khalisa berkata, dia pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.

“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan mentelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan. Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya kerana hilang fokus. Perkara in mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.

“Namun, ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan iaitu 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G. Sehinggalah saya menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM dan mengenal erti sabar dalam setiap usaha.

Slip Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2021 Izz Khalisa

“Semangat yang berkobar-kobar, sanggup bersengkang mata untuk belajar bersama guru-guru PTTI tidak mematahkan semangat saya untuk ke peringkat akhir,” katanya.

Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).

“Saya dapat tahu PTTI memilih lebih 5,000 pelajar cemerlang keputusannya. Jadi, saya rasa macam tak ada harapan sebab saya 5A saja. Selepas itu, saya dapat mesej daripada PTTI dan dijemput untuk datang ke majlis.

“Saya rasa gembira sebab daripada dulu saya gagal dan sekarang boleh bangkit dengan keputusan lebih baik dan itu bukan senang.

“Saya rasa amat terharu sebab PTTI nampak yang saya meningkat dengan drastik jadi saya sangat gembira. Perkara paling seronok apabila dapat pergi majlis itu adalah saya dapat ambil ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.

Keputusan SPM 2021 Izz Khalisa

“Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi didikan dan kata-kata motivasi. Kepada batch 05 dan 06 yang bakal menduduki SPM, Allah SWT tak kejam, sampai masa kita akan berjaya, percaya pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” katanya.

Dalam masa sama, Izz Khalis berkongsi doa dan dorongan daripada ibu bapa antara kunci kejayaan dirinya selain tidak mudah putus dan konsisten dalam kelas.

“Apabila ada kelas jangan tak masuk sebab bila ketinggalan satu kelas kita akan susah nak dapat dalam kelas seterusnya. Jadi, saya rasa konsisten dengan usaha, kemudian kita kena sabar juga. Memang susah nak konsisten tapi apa yang saya buat adalah bila balik sekolah saya akan masuk juga kelas dalam talian dengan menggunakan telefon semasa dalam kereta.

“Jangan bandingkan keputusan kita dengan kawan lain sebab itu dia. Kita tengok keputusan kita sama ada ia meningkat atau tak. Kalau meningkat walaupun sikit maksudnya ada kita tetap peningkatan dan percaya ia boleh jadi lebih baik. Apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.

Izz Khalisa juga antara 335 pelajar SPM PTTI yang diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Izz Khalisa Amri

Pada majlis sama, pelajar dan tetamu juga berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir.

Menerusi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.

“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter. Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan.

“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan guru yang sama.

“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,” katanya. – SM

Artikel berkaitan > Aplikasi PTTI diiktiraf Education 2.0 sebagai ‘Best Companies Award’ di luar negara

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button