Luar Negara

Pekerja seks China didiskriminasi akibat Coronavirus

PELBAGAI sektor industri termasuk pekerja seks terjejas akibat penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) di China yang bermula di Wuhan.

Tidak terkecuali adalah industri yang bertentangan dengan budaya negara kita iaitu pelacuran.

Seperti berlaku di New Zealand, para pelacur warga China di sana mendakwa diri mereka didiskriminasi akibat Coronavirus.

Lebih teruk, mereka dipaksa supaya menurunkan harga layanan dan perkhidmatan kepada separuh berbanding asal.

[BACA ARTIKEL] Lelaki 41 tahun warga pertama Malaysia dijangkiti coronavirus — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Coronavirus: 6 jangkitan baru di Singapura, 4 jangkitan tempatan — Suara Merdeka

Malah, ada segelintir pekerja seks itu memilih untuk menukar tempat asal mereka kepada Asian dalam iklan tawaran perkhidmatan.

LAPANGAN terbang adalah medium paling cepat bagi Coronavirus merebak di seluruh dunia. – Gambar NEWS ENGLAND PUBLIC RADIO

Sudahlah harga jatuh dari $180 Dolar New Zealand (RM481) kepada $90 Dolar (RM240), mereka juga berhadapan dengan perniagaan yang merudum.

“Saya tidak sebut dari China, cuma tawar diskaun yang banyak. Tetapi pelanggan tetap menolak kami,” kata salah seorang pekerja.

[BACA ARTIKEL] Kanak-kanak China sembuh daripada coronavirus di Langkawi — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] 
Coronavirus: Lebih ramai pesakit pulih — Suara Merdeka

Sebelum ini, Kolektif Pelacuran New Zealand memberi amaran kepada pekerja seks supaya mematuhi arahan Kementeiran Kesihatan dan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Bunyi macam kelakar, tetapi itulah hakikat yang berlaku di sana melibatkan pekerja seks seperti dilaporkan portal Mail Online. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button