fbpx
Luar Negara

Indonesia siasat ratusan babi mati di Bali

PIHAK berkuasa Indonesia menyiasat kematian kira-kira 880 ekor babi di Bali.

Pengarah Kesihatan Haiwan, Kementerian Pertaniannya, Fadjar Sumping Tjatur Rassa berkata, siasatan tersebut dilakukan bagi mengesan kewujudan demam Babi Afrika (ASF).

Menurutnya, jumlah kematian babi tersebut adalah dalam tempoh yang singkat iaitu antara Disember 2019 dan Januari 2020.

FADJAR SUMPING TJATUR RASSA

Wabak ASF sebelum ini melanda utara Sumatera menyebabkan lebih 43,000 babi mati sekali gus memaksa kerajaan mengawal kawasan terjejas.

[BACA ARTIKEL] Demam Babi Afrika: Kawalan ketat di semua pintu masuk negara – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Maqis Selangor rampas 11,339 kilogram daging babi dari Sepanyol — Suara Merdeka


“Kami akan kenalpasti sama ada kematian babi di Bali adalah disebabkan ASF atau faktor lain.

“Namun kami perlu meneruskan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal jangkitan yang mengakibatkan kematian babi seperti ASF atau kolera,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia.

INDONESIA melahirkan kebimbangan wabak ASF menular di Bali selepas Sumatera. – Gambar KOMPASIANA

Terdahulu, virus ASF dilaporkan melanda negara China pada Ogos tahun lalu menyebabkan kerajaannya terpaksa membunuh lebih 40 peratus babi di sana.

[BACA ARTIKEL] Semoga jihad Norhizam membunuh babi hutan di Melaka akan diingati – Suara Merdeka

Kemudian pada Disember lalu, China menghentikan aktiviti import babi dari Indonesia akibat serangan wabak ASF. – Channel News Asia

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button