Rencah Hidup

Pekerja maut selepas berendam dalam sungai

SEORANG pekerja Sarawak Energy maut selepas berendam dalam sungai dipercayai ketika tubuhnya masih dalam kepanasan, petang semalam.

Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.15 petang yang mengatakan seorang lelaki pengsan di dalam hutan Jalan Paradom/Tanjung Genting Bintangor.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 52 tahun bersama-sama beberapa orang rakan sekerjanya bertugas menyelenggara pencawang elektrik di kawasan kejadian.

“Menurut saksi, ketika kejadian cuaca panas terik dan mangsa masuk berendam di dalam sungai berhampiran pencawang elektrik berkenaan.

“Apabila keluar dari sungai, mangsa mengadu seakan-akan mahu pitam dan terus pengsan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.59 petang oleh paramedik dari Hospital Sibu.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – SM

BACA Ribuan spesis ikan mati bukan berpunca sungai Melaka tercemar

BACA Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Tambun Tulang

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button