
Peguam saman Cikgu Pencen Awal
RENTETAN tiga DJ Era melakukan aksi mempersenda ritual agama Hindu, netizen yang menghambur pelbagai komen.
Ramai yang menganggap ia perbuatan keterlaluan, namun ada juga yang mempertikai jumlah denda tinggi dikenakan.
Ada yang terlajak komen hingga mencetuskan pelbagai kontroversi lain seperti yang melibatkan Cikgu Pencen Awal dan seorang peguam.
SURAT TUNTUTAN
Kes nya simple.
Seorang cikgu pencen mengamuk kerana kes DJ Era yang kena kompaun RM250k. Dia kata terlampau sikit berbanding kes Cecilia Yap hanya RM10k.
Maka dimakinya “semua penguasa”. Dicelakakan Muslim lain yang tak bersuara. Kerana backup “kafir”.
Sambil tu dinamakan dan dikaitkan juga saya dalam ruangan komen. Mengias saya ni barua dan munafiq, dan dikategorikan sebagai Melayu celaka.
Fakta dan kebenarannya, kompaun itu bukan dikenakan kepada DJ tersebut. Tetapi tuan punya Era radio, anak syarikat Astro. Mereka dikenakan kompaun atas beban dan kondisi pelesenan bawah MCMC. Tambah jumlah denda bawah Akta sudah dipinda dan dinaikkan sekali.
Fakta dan kebenarannya, kompaun Cecilia Yap itu punya banyak duluan kes. Kompaun RM10k itu pada tahun 2019 dan 2021 juga dikenakan atas kes hina Nabi, masa tu tiada yang berketik.
Kalau nak body shaming, nak mengutuk benda lain, 7 tahun saya bertahan. Tak pernah hantar apa2 surat tuntutan. Banyak kali saya maafkan.
Tapi sekarang sudah sentuh akidah saya, fitnah ini akan mendatangkan bahaya kepada keluarga.
Makanya, hari ini peguam saya akan serahkan surat tuntutan kepadanya. Agar beliau memohon maaf secara terbuka dalam masa 48 jam dan membayar pampasan RM1juta seorang kepada kami. Termasuk denda tauladan yang dibenarkan bawah undang2.
Sekiranya gagal, kami akan teruskan saman sivil ke Mahkamah segera.
Biar ia jadi pengajaran, jangan sewenang2 nak menghukum dan membuat fitnah kepada sesiapa. Tambah guna sentimen kaum dan agama, yang boleh timbulkan kegusaran di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Doakan saya….
Bismillah…
#alltheway #bringiton
Salam hormat,
Liyana Marzuki