Nasional

Pecat pekerja tanpa alasan, majikan perlu bayar RM23,493.26

AKHIRNYA nasib seorang mekanik berusia 36 tahun yang diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah mendapat pembelaan Mahkamah Buruh apabila mahkamah memerintahkan majikannya membayar wang berjumlah RM23,493.26.

Mahkamah mengeluarkan perintah tersebut selepas majikan itu gagal mengemukakan bukti kesalahan yang dilakukan oleh pekerjanya.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Melaka, Johana Bakar berkata, majikan mendakwa bekas pekerja tersebut diberhentikan kerja dengan alasan dia mempunyai masalah disiplin tetapi majikan gagal membuktikan kesalahan tersebut di Mahkamah Buruh pada 22 Januari lalu.

Johana berkata, syarikal bengkel tayar dan membaiki kenderaan yang terletak di daerah Melaka Tengah itu telah diarahkan untuk menyelesaikan bayaran tersebut kepada bekas pekerja yang diberhentikan kerja tidak mengikut undang-undang perburuhan negara.

Bagaimanapun, majikan tersebut didapati ingkar arahan tersebut dan pihaknya hampir melelong bengkel tersebut.

“Syarikat itu didapati gagal membuat bayaran kepada bekas pekerjanya seperti diarahkan Mahkamah Buruh.

“JKT Melaka bersama Bailif Mahkamah Seksyen Melaka melaksanakan tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan ke atas syarikat tersebut pada Rabu,” katanya.

Menurut beliau, tindakan perlaksanaan untuk melevi dan melelong harta syarikat telah dilaksanakan di premis majikan tersebut dan perlaksanaan writ telah dijalankan pada jam 10 pagi.

“Akhirnya syarikat itu terpaksa akur dan menyelesaikan bayaran penuh perintah Mahkamah Buruh sebanyak RM23,493.26 kepada pekerja yang telah diberhentikan tanpa mengikut undang-undang perburuhan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar majikan sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan negara agar tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan. -SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button