Luar Negara

Angsa duduk di landasan sebabkan perjalanan kereta api London tertunda

SEEKOR angsa duduk di atas landasan kereta api bawah tanah di London, England enggan bergerak selama lebih daripada satu jam menyebabkan berlakunya kelewatan dan pembatalan perjalanan.

Menurut UPI, kejadian ini turut tular pada Isnin lalu apabila penumpang di stesen South Acton mengambil gambar dan video angsa degil itu.

The London Underground berkata kereta api tidak dapat melakukan perjalanan antara Willesden Junction dan Richmond semasa kejadian itu.

Perjalanan 14 kereta api sama ada dibatalkan atau dialihkan, manakala pekerja cuba menarik angsa itu keluar dari landasan.

Angsa itu akhirnya berdiri dan pekerja mengheret angsa ke pintu masuk stesen Kingswood Road, di mana penyelamat dan petugas Perlindungan Hidupan Liar London mengambilnya.

“Angsa itu sangat keliru sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Apabila kami mengukur beratnya, ia didapati kurang berat badan, jadi dia mungkin tidak ada kekuatan untuk terbang.

“Angsa itu bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengelak rel elektrik,” kata Perlindungan Hidupan Liar London.

Angsa tersebut dilepaskan pada keesokan hari selepas dipelihara semalaman. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button