Nasional
PDRM tawar diskaun saman sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Bagi saman yang dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 80 peratus dan selain daripada kedua-dua wilayah itu kadar diskaun adalah sehigga 70 peratus.
Kaunter bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 Disember hingga 12 Disember bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.-SM