Politik

PRN Johor: Parti pesaing kempen guna modal basi terhadap BN

SETIAP kali, berpuluh tahun, kalau tiba waktu untuk pilihanraya, tidak kiralah sama ada Pilihan Raya UMUM (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) disebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), paluan gendang parti-parti yang bertanding berbunyi FITNAH, FITNAH, FITNAH.

Kalau tidak cenderung ke arah fitnah, serangan berbentuk peribadi akan dilancarkan terhadap calon-calon yang bertanding.

Kebijaksanaan pembangkang dahulu kala akan menyerang saraf dengan fitnah dan tohmahan manakala pihak yang satu lagi akan cuba mempertahankan bias-bias ayat pedas yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang.

Itu dulu dan retorik itu sepatutnya sudah berhenti sejurus kita masuk era millennium namun sebenarnya, kempeng FITNAH ni sedap dan menarik untuk dibaca. Itulah sebabnya, kalau dikatakan baca boleh percaya, tidak-sama sahaja dengan dengar boleh, percaya pun tidak juga.

Tiada apa yang berubah apabila tiba musim pilihanraya kerana setiap yang bertanding, mahu menang, mahu merampas kerusi yang telah terlepas dan yang paling penting, mahu jadi kerajaan atau pemerintah.

Rakyat? Nasib rakyat yang perlu dibela membuatkan ada masanya rakyat sendiri menjadi ‘blur’ kalau pun bukan secara total tetapi segelintir sahaja.

Hari ini, Barisan Nasional (BN) dan UMNO dijangka berdepan dengan kempen berbaur fitnah pada PRN Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac nanti, seperti yang berlaku pada PRU yang lalu (PRU14-Mei 2018).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa modus operandi syang ama mungkin digunakan oleh parti-parti pesaing dalam berkempen nanti dengan menjadikan pemimpin-pemimpin BN sebagai sasaran untuk mewujudkan kebencian rakyat.

Presiden UMNO itu juga berkata, kempen sebegitu akan bergerak dengan pulasan penus atau dalam istilah bahasa Inggeris, full throttle pada PRN Johor ini kerana parti-parti pesaing begitu terdesak untuk menyekat kemaraan BN.

Kata Ahmad Zahid, daripada fitnah berhubung teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Genting Hong Kong, dadah sehinggalah kepada propaganda botol minuman, percayalah itu cuma mukadimah.

DISYORKAN UNTUK ANDA

PN diramal sukar saingi BN di Johor

PRN Johor diadakan kerana mahu kerajaan stabil – Hasni

UMNO, BN perlu menang besar PRN Johor

UMNO, BN belum muktamad senarai calon

“Tentunya rakyat khususnya Bangsa Johor akan dihidangkan dengan lebih banyak fitnah dan propaganda jahat. Namun mungkin ada hikmah di sebaliknya kali ini kerana menjadi bukti nyata nilai politik sebenar mereka yang menghembuskan penipuan dan pembohongan.

“Rakyat kini dapat mengetahui dan memahami dengan lebih jelas yang mana intan atau kaca. Yang mana kebenaran dan yang mana kebatilan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata, PRN Johor mungkin menjadi medan utama kepada parti pesaing untuk menyekat kebangkitan dan kemaraan BN.

“Bagaimanapun muslihat mereka pastinya gagal sekiranya Bangsa Johor berbilang kaum dan agama bertekad untuk bermuafakat.

“Johor bermuafakat untuk mengembalikan kemakmuran, kesejahteraan dan kestabilan lalu yang telah dirampas oleh fitnah dan tipu daya pada 9 Mei 2018,” kata Ahmad Zahid dalam catatannya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button