Luar Negara

Suami penggal kepala isteri, bangga usung kepala di jalan

SATU kejadian ngeri berlaku di wilayah barat daya Khuzestan, Iran berjaya dirakam di mana seorang lelaki dipercayai memenggal kepala isterinya dan membawa kepala mangsa di jalan sambil tersenyum bangga.

Dalam rakaman video tersebut dapat dilihat suspek berjalan sambil memegang pisau dan kepala mangsa selepas mendakwa melakukan pembunuhan penuh hormat itu bersama abangnya.

Jawatankuasan Majlis Kebangsaan Tentanfan Iran (NCRI) berkata, mangsa yang baru berusia 17 tahun dan ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disyaki telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Ketika mangsa berusia 12 tahun, mangsa telah dipaksa berkahwin dengan suspek yang merupakan sepupunya sendiri.

“Setiap kali mangsa menyebut ingin bercerai, keluarganya mendesak mangsa untuk bertahan demi anak,” katanya.

Sementara itu, suspek dan abangnya dikatakan telah membungkus mayat mangsa dengan selimut dan membuangnya di satu kawasan dan suaminya berjalan di sepanjang jalan dengan membawa kepala mangsa.

Ketua Pasukan Keselamatan Negara (SSF) berkata, motif pembunuhan itu adalah disebabkan oleh perbezaan keluarga.

Suspek dan abangnya telah ditahan selepas didakwa membunuh tetapi hukuman yang bakal diterima tidak dapat dipastikan lagi. -SM

(Visited 1,112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button