Nasional

Lebih 60,000 kanak-kanak terima vaksin Covid-19

PICKids dilancar 3 Februari lalu

SEBANYAK 62,809 atau 1.7% populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Kumpulan berkenaan menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lalu dan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, seramai 12,769,610 atau 54.5% populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,933,328 individu atau 98% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23,208,714 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,793,710 individu atau 88.8% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,871,310 individu atau 91.3% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai angka vaksinasi harian, sebanyak 165,653 dos diberikan semalam meliputi 14,195 dos pertama, 2,097 dos kedua dan 149,361 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,434,353 dos.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan 19,090 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,975,422 kes. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button