Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) Dakwa Disabotaj, Billboard Ditumbangkan!

Salah seorang calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang turut terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mendakwa mereka disabotaj dari segi kempen baru-baru ini.

Billboard salah seorang calon PBM, Mohd. Azmi Ali yang bertanding di DUN N40 seolah-olah sengaja direbahkan.

“Ada juga yang goyang dengan calon dan parti sekerdil kami. Tak hujan, tak ribut, billboard kami rebah malam tadi seperti sengaja direbahkan.

“Biar billboard rebah tapi semangat kami takkan rebah. Insyaallah, Allah dengar doa kami yang dianiaya,” tulis salah seorang calon dalam Facebook mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button