Luar Negara

Park Seojoon Dan Sohee Bakal Disatukan, Gyeongseong Creature Sajikan Pelbagai Debaran!

Bagi peminat drama Korea, pasti ramai yang mengenali pelakon lelaki kacak, Park Seojoon dan juga pelakon wanita terkenal, Han Sohee.

Lebih menarik, mereka berdua dikhabarkan akan bergadingan bersama dalam sebuah drama Korea yang berjudul ‘Gyeongseong Creature’.

Selain Park Seojoon dan Sohee, terdapat juga beberapa selebriti terkenal negara itu bakal ditampilkan dalam drama tersebut yang akan ditayangkan di Neflix pada tahun 2023.

‘Gyeongseong Creature’ adalah berkisar tentang tentang dua orang muda yang sangat mementingkan kelangsungan hidupan.
Dengan latar belakang pada musim bunga 1945, konflik terjadi apabila dua orang muda tadi terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak.

Kisah ini mengangkat prinsip melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia yang mempunyai ciri katarsis dalam hidup.


Pasti para peminat tidak sabar untuk menyaksikan drama ini di Netflix tahun hadapan.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button