Nasional

Papan iklan platform khidmat ‘sugar daddy’ tidak dapat kelulusan DBKL, YWP

KUALA LUMPUR – Kandungan papan iklan platform perkhidmatan janji temu ‘sugar daddy’  yang dilakukan secara terbuka di Kuala Lumpur tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Dalam satu kenyataan, Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL memberitahu, pihaknya telah menemui aduan yang telah ditularkan di media sosial semalam berkenaan paparan iklan tersebut yang sensitif serta berunsur lucah di Bangsar dan Bukit Kiara.

Hasil siasatan DBKL mendapati pelesenan struktur iklan tersebut merupakan milik YWP yang telah melantik Tetuan Out of Home sebagai operator.

“Kandungan iklan Sugar**** yang dipaparkan pada struktur iklan LED tersebut tidak mendapat kelulusan daripada DBKL dan YWP.

“Pihak operator LED tersebut telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitive dengan norma masyarakat Malaysiadan perlu serta-merta mengeluarkan iklan tersebut dari paparan LED berkenaan,” kata kenytaan DBKL.

Semalam warganet terkejut dengan pengiklanan platform perkhidmatan janji temu ‘sugar daddy’  yang dilakukan secara terbuka di papan iklan elektronik di ibu negara.

Mengikut Facebook syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu Sugar****, papan iklan elekronik platform janji temu  ‘sugar daday’ tersebut adalah adalah yang pertama di Malaysia dan terletak di Bangsar dan Bukit Kiara sejak 3 Disember lalu.

Untuk meraikannya moment yang bersejarah itu, syarikat terbabit menawarkan hadiah berupa keahlian premium secara percuma kepada pengikut Facebook yang bertuah.

Mereka  hanya perlu mengambil gambar atau video papan iklan elektronik tersebut, kemudian tag pada Facebook dan Instagram syarikat terbit dan seterusnya berkongsi di dinding Facebook dan Instagram masing-masing.

Menurut Facebook berkenaan, Sugar**** adalah perkhidmatan rangkaian dalam talian yang selamat dan rahsia yang memberi tumpuan kepada privasi pelanggan untuk membina hubungan sah dengan faedah.

Hantaran tersebut menerima kecaman daripada warganet.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button