Nasional

Panglima perang dilantik Pengerusi Pasukan Jihad Khas tangani inflasi

Cabaran kedua negara

SETELAH  Pandemik Covid 19 hampir selesai, tiba-tiba Negara kini berhadapan dengan *CABARAN KEDUA* iaitu Kenaikan Harga Barang dan Inflasi.

Inflasi yang kini melanda Negara adalah disebabkan ketidak-tentuan keadaan ekonomi dunia post-pandemik, juga akibat peperangan Russian-Ukraine, yang menyebabkan pelbagai _sanctions_ dilakukan terhadap Russia.

2. Kalaulah ketika Pandemik, Jawatankuasa Kabinet diterajui oleh Ismail Sabri yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.

Terkini, Jawatankuasa Kabinet untuk menangani inflasi diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi.

3. Annuar Musa terkenal dengan gelaran General ataupun Kepala Perang, ketika parti UMNO ataupun Kabinet berhadapan dengan sebarang isu yang rumit dan sukar.


Untuk mengungkap sejarah pemilihan UMNO yang lalu pada bulan Jun 2018, apabila Hishammuddin mengundurkan diri tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dato’ Zahid ketika itu meminta Ismail Sabri untuk bertanding jawatan tersebut menentang Tok Mat Hassan, yang pada ketika itu sudah pun declare menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Ismail menolak tawaran tersebut. Zahid seterusnya meminta Dato’ Seri Mahdzir Khalid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden tersebut. Mahdzir juga menolak tawaran tersebut.

Akhirnya, Zahid minta Annuar Musa menyahut cabaran ini.

Annuar bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan, digandingkan dengan Zahid Hamidi yang bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Ku Li dan KJ.

4. Walau bagaimanapun, Annuar Musa tewas tipis kpd. Mat Hassan.

Tetapi, kepercayaan Zahid Hamidi, Presiden UMNO terhadap Annuar Musa tidak berakhir disitu.

Zahid lantik Annuar Musa sebagai Setiausaha Agong UMNO dan Setiausaha Agong Barisan Nasional.

5. Maka bermulalah pentadbiran UMNO & BN di bawah Annuar Musa.

Jangan kita lupa sejarah.

Sejarah membuktikan bahawa pada ketika itulah, *KEBANGKITAN UMNO* terserlah dibawah kepimpinan Zahid dan Annuar Musa sebagai SU Agong UMNO dan BN.

6. Ketika inilah juga, Annuar Musa mengorak langkah mengeratkan kerjasama politik dengan Parti PAS, dimana akhirnya terbentuk Gagasan Politik yang dinamakan *MUAFAKAT NASIONAL.*

Gagasan politik ini memberikan isyarat kebangkitan politik Orang Melayu & Islam.

Beberapa PilIhanraya Kecil dimenangi oleh BN dengan keputusan yang amat baik.

7. Dimanalah silapnya.

Kemungkinan kerana setelah Annuar Musa dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau menyerlah serta perform di Kementerian tersebut, maka terdapat suara-suara sumbang yang *mencucuk Presiden UMNO* yang memberikan persepsi negatif terhadap Annuar Musa.

Kononnya Annuar Musa lebih rapat dengan PM TS Muhyiddin Yassin dan parti BERSATU dari UMNO.

Annuar seterusnya di label sebagai Pengkhianat Parti.

Ini merupakan satu persepsi yang tidak betul dan salah.

8. Perkara yang sama berlaku kepada Dato’ Seri Tajuddin Rahman.

Tajuddin pada awalnya merupakan General Perang kpd. Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Tajuddin dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO dan di tugas mengaturkan Perhimpunan Raksasa di Pasir Salak untuk Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS.

9. Tiba-tiba Tajuddin digugurkan sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO dan digugurkan sebagai Ahli MKT UMNO Malaysia.

Dimanalah salahnya ?

10. Terkini, dengan perlantikkan Annuar Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup membuktikan bahawa PM DS Ismail Sabri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan Annuar Musa mengatasi Cabaran Kedua Negara ini.

Pasukan ini akan beroperasi sebagaimana pasukan yang menguruskan Pandemik Covid, dengan mengadakan mesyuarat 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Sidang Media akan diadakan selepas setiap mesyuarat bagi memberi penerangan yang jelas kepada rakyat.

11. PM DS Ismail Sabri menegaskan bahawa Kerajaan akan sentiasa berusaha untuk memastikan Rakyat tidak akan terkesan dengan serious akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia.

12. Pada perjumpaan dengan Pengamal-pengamal Media Sosial baru-baru ini, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa ;

(i). Inflasi di Negara Malaysia berada di paras 2.8% sahaja buat masa ini, berbanding dengan United Kingdom yang berhadapan dengan kadar inflasi di paras 8% – 10% peratus.

Sekiranya inflasi ini berterusan naik, kemungkinan besar negara akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi (recession).

(ii). Annuar Musa menerangkan bahawa pendirian PM Ismail Sabri ialah, selagi Kementerian Kewangan boleh bertahan dengan sumber kewangan, Kerajaan akan tetap mempertahankan subsidi dan tarif elektrik serta air.

Buat masa ini, Tarif Elektrik kekal di tarif yang lama walaupun harga Arang Batu naik 400% peratus.

Kerana itu, Kerajaan buat masa ini menanggung subsidi berjumlah RM5.8 billion ringgit untuk 6 bulan ini, bagi memastikan tarik letrik tidak dinaikkan.

Begitu juga dengan Tarif Air. Tidak akan dinaikan.

(iii). Untuk Jangka Pendek, bagi mengekalkan harga barang, minyak masak serta minyak petrol dan lain-lain, sehingga hari ini Kerajaan telah memperuntukan Peruntukan sebanyak RM77 bilion ringgit iaitu peruntukan yang terbesar, yang pernah Kerajaan sediakan untuk Rakyat.

Sebagai perbandingan, di Turkey, kos pengangkutan kini sudah naik sebanyak 125% peratus.

13. Sesungguhnya Negara bakal berhadapan dengan Cabaran Kedua yang amat getir.

Rakyat diminta memberikan sokongan dan bantuan, membantu Annuar Musa dan Jawatankuasa ini menangani masalah inflasi dan kenaikan harga barang.

Antara perkara yang boleh di bantu ;

(i). Menjadi mata dan telinga Kerajaan, memberi maklumat sekiranya ternampak peniaga yang menaikan harga barang-barang yang di kawal seperti Harga Ayam.

(ii). Memaklumkan kepada Kerajaan, sekiranya ada maklumat peniaga yang menyorokkan barang seperti minyak masak subsidi paket.

(iii). Membantu Kerajaan dengan tidak panik dan membeli barang-barang keperluan rumah dengan terlalu banyak kerana takutkan harga barang akan naik atau akan berlaku kekurangan barang makanan (food shortage).

Sebenarnya, ini merupakan tindakan yang salah kerana ini akan mengakibatkan 2 perkara, iaitu satu, ia akan mengakibatkan pembaziran apabila barang-barang yang tidak digunakan ataupun sampai tarikh luput (expired), akan dibuang begitu sahaja.

Kedua, pembelian yang berlebihan, akan mengakibatkan barang-barang tersebut habis terjual di Supermarket. Ini akan mengakibatkan demand untuk barang tersebut bertambah kerana barang berkurangan.

Ini pula akan mengakibatkan permintaan naik.

Apabila permintaan naik. Harga pun akan turut naik.

*BANTU TAN SRI ANNUAR MUSA.*
*BANTU RAKYAT.* – SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button