Ekonomi

Pameran seni dan ekonomi pendedahan dalam bentuk pelaburan

ART Conomics merupakan projek yang di inspirasikan oleh artikel Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz ketika beliau menjawat jawatan Menteri kewangan pada tahun 2021 pameran ini juga dirasmikan oleh beliau sendiri pada Ahad lalu bertempat di Universiti Malaya.

Projek ini merupakan kolaborasi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) dan Galeri Seni Universiti Malaya (PEKUMA) dan Galeri Seni Universiti Malaya.

Bukan hanya pameran seni ia adalah platform visioner yang bertujuan untuk menetapkan seni sebagai mekanisme ekonomi, terutama dalam bentuk pelaburan.


Misi pameran ini adalah untuk menyelami relevansi seni dalam landskap ekonomi terkini dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar Universiti Malaya serta masyarakat Malaysia tentang peran kritis seni dalam hubungannya dengan ekonomi.

Objektif ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keterhubungan antara seni dan ekonomi, memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalamindustri seni.

Tingkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan ekspresi artistik dalam fabrik dinamik ekonomi. – Berfungsi sebagai titik rujukan untuk memahami perkembangan serta fungsi seni dan budaya di Malaysia.

Selebriti, Fadhli Masoot turut hadir dalam acara tersebut

Untuk memperkasa keupayaan pemikiran analitik dan kritikal para belia sebagai pemimpin masa depan.
Menampilkan Pameran Seni Kontemporari: PameranSolo Ke-8 Ali Nurazmal Yusoff, mempamerkan 43 keping karya-karya terbaik beliausejak tahun 1990-an hingga kini.

Kurator pameran seni ialah Zena Khan dari AFKCollection, dan Mohd Umair dari Galeri Seni Universiti Malaya, MuziumSeni Asia. Selain itu, akan diadakan forum yang bertemakan “Relevansi antara Seni &Ekonomi’ bagi membuka ruang diskusi akademik dan intelektual.

Artikle Berkaitan :>

Acara kesenian Langkawi tepis isu tular ketiadaan pelancong

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button