Hiburan

Acara kesenian Langkawi tepis isu tular ketiadaan pelancong

Baru-baru ini tular isu dikatakan kurang pelancong dari luar mahupun dalam negara di Langkawi namun dengan adanya program Perkampungan Pelancongan Seni Budaya, anjuran Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR), secara tidak langsung dapat menepis tanggapan orang ramai.

Buktinya program ini mendapat sambutan dengan kehadiran pelancong dari luar negara dan penduduk setempat.

Kehadiran pelancong asing memakai busana tradisi Melayu

Menurut penyelaras program, Encik Amran, walaupun berdepan dengan isu yang tular ketiadaan pelancong di Langkawi namun bagi pihak PEMEKAR sendiri berusaha ingin menambah baik eko sistem pelancongan, sekali gus mewujudkan tempat kesenian di Langkawi Country Lodge 2.

‘’Apa yang saya inginkan berkenaan program ini bagi saya sudah berjaya malah kami juga sudah melancarkan pusat kesenian Melayu di Langkawi Country Lodge 2.

‘’Kami PEMEKAR berusaha untuk mendapatkan tarikan pelancong dari luar dan tempatan, Langkawi perlu aktif dari segi seni dan budaya, kerana itu kami ingin meneruskan budaya Melayu untuk terus diresap di sini’’. Jelasnya semasa malam kebudayaan yang berlangsung di Langkawi.

Katanya lagi kemungkinan program ini akan diadakan pada setiap tahun dengan bantuan dari Exco Pelancongan Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin.

Perhargaan kepada Langkawi Country Lodge 2

‘’Walaupun terdapat beberapa halangan dalam program ini, namun kita akan tetap teruskan program akan datang dan susun semula, Lepak Seni Santai bersama tokoh-tokoh seni, sama ada kita akan lakukan bengkel teater, tarian.

‘’Harapan PEMEKAR untuk meneruskan program ini agar dapat melahirkan ramai anak-anak Langkawi agar dapat mewarisi adat resam budaya melayu.

Acara yang berlangsung selama tiga hati ini juga mendapat sokongan penuh dari beberapa agensi kerajaan antaranya LADA, Malaysia Tourism dan Kraftangan Langkawi.

Pameran conteng Batik

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari berlangsung demontrasi masakan tradisional seperti kuih karas, kuih kapit, kuih Loyang ros dan kuih bahulu, pameran keris dan tanjak juga diadakan, pameran jualan barang artis tempatan, turut diadakan pertandingan menconteng batik.

 

Demotrasi masakan kuih kara

 

Demontrasi Kuih Kapit

Turut dimeriahkan oleh beberapa selebriti terkenal, Keena Mentor, Mubarak Majid, Fredo, Mat Over dan Datuk Siti Fairuz.

Artikle Berkaitan :>

Artis bakal memeriahkan Langkawi di acara Perkampungan Pelancogan Seni Budaya

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button