Nasional

Pahang tubuh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri

Kerajaan Pahang menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) bagi memantapkan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Memetik laporan BERNAMA, MPEN yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Dis lepas, dipengerusikan bekas Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak dan dianggotai sembilan ahli termasuk masing-masing dua daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan negeri.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pula dilantik sebagai Sekretariat MPEN.

“MPEN ditubuhkan agar kerajaan negeri dapat menggabungkan pengalaman dan kepakaran ahlinya daripada sektor swasta dan kerajaan negeri bagi membantu mempercepatkan Pahang ke arah ekonomi mampan dengan fungsinya untuk merancang dan mengggubal Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang untuk tempoh lima tahun.
“MPEN juga bertanggungjawab memberi nasihat strategik tentang peluang pembangunan ekonomi, cabaran dan perkembangan ekonomi baharu yang memberi fokus kepada pembangunan industri, inovasi tarikan pelaburan, perdagangan, pembangunan wilayah dan pembangunan tenaga kerja,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian menerusi kenyataan yang diedarkan selepas sesi penyerahan Surat Lantikan MPEN di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau juga menzahirkan harapan supaya penubuhan MPEN dapat memacu ekonomi negeri dengan lebih baik, komprehensif dan berdaya saing bagi menjadikan Pahang sebagai negeri maju.
(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button