fbpx
Politik

Orang Melayu belajarlah cara berpolitik DAP!

oleh ZACK JAY

GENDANG politik Melayu tidak lagi macam dulu lagi. Mana ada surat layang sekarang ini.

Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad andai jika setiap kali kena kritik, beliau `batuk’, susahlah.

Persoalannya hari ini, politik Melayu yang berlandaskan kuasa semata-mara tidak boleh `pergi’ lagi dah. Perlu dinilai untuk kembali ke aras budaya tinggi. Baru orang lain hormat kita.

Kalau cara masih lagi `biasa-biasa’, kelak akan `dibungkus’ oleh DAP. Berdepan dengan DAP, ia realitinya suatu perlawanan mental. Kalau berjuang untuk survival parti sahaja, kita orang Melayu `mati’ – tidak ada daya mental macam DAP.


Lihatlah DAP, orang-orang atasnya kelihatan `diam’ belaka, tapi di bawah yang paling sibuk. Sumbang, bagi duit kepada NGO lah, macam-macam mereka buat. Bila depa bersikap profesional, senang sahaja dia `rangkul’ kita. Tapi orang Melayu tidak pula ada aras profesionalisme ini.

Bekas-bekas ahli MCA dan Gerakan pun sudah ramai jadi suku DAP. Orang Melayu perlu belajar dengan DAP cara berpolitik yang tidak merugikan.

Semak balik, sungguh! DAP tidak berminat memiliki jumlah ahli yang ramai. Cukup yang intelligent sahaja. Setiap daerah ada pemikirnya.

UMNO sahaja yang gemar angka itu hingga ahlinya melepasi 3.5 juta orang. DAP hanya ada 172,673 ahli tetapi kehebatannya seolah-olah tidak terperi lagi. Kekuatan parti itu berada di Pusat dan berakar umbi di setiap negeri.

Hitunglah satu per satu segala kehebatan DAP pasca PRU 14 ini. DAP kini mempunyai 42 Ahli Dewan Rakyat, tujuh Ahli Dewan Negara serta 109 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Memiliki Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dua Speaker DUN, dua Timbalan Speaker DUN. Turut tersenarai enam menteri, seorang Duta Khas, tujuh timbalan menteri serta masing-masing seorang Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri.

Juga, parti pimpinan anak beranak keluarga Lim ini mempunyai 30 ahli Exco kerajaan Negeri.

Ramai yang keluar MCA dan Gerakan masuk DAP.

Kerana itu perlu ada beza Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ini dengan UMNO. Kalau tidak, orang Melayu nampak kedua-duanya serupa sahaja.

Nanti, mereka akan cakap buang satu dua individu dalam UMNO, itu sudah cukup!. Kemudian pilih UMNO balik. Bersatu dapat apa nanti?

Orang Melayu perlu ada asas politik dan piawaian pemikiran aras tinggi untuk survive.

Selepas pemilihan jawatan-jawatan tinggi dalam Bersatu 6 Jun ini, Dr Mahathir waima kalau beliau tidak jadi Perdana Menteri pun, Bersatu perlu cukup utuh untuk menyediakan landasan dan barisan kedua.

Tidak kiralah sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir pun. Yang penting, Bersatu berguna kepada orang Melayu untuk bersandar dan bergantung harap. Dan sedikit sebanyak tempiasnya positif jugakan untuk orang UMNO, bukan begitukah?

Orang Melayu terutama orang politik perlu belajar cara berpolitik DAP. `Menguntungkan’, tanpa rugi apa-apa.- SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button